Translate

Selasa, 3 Julai 2012

NAMA YANG DI LARANG…(yang tidak Elok)


NAMA YANG DI LARANG…(yang tidak Elok)    
    
  1. Abkam    Tidak celik, buta
  2. Abiqah    Hamba yang lari dari tuannya
  3. Afinah    Yang bodoh
  4. Asyar    Paling jahat
  5. Asyirah    Yang tidak bersyukur atas nikmat
  6. Amah    Hamba suruhan perempuan
  7. Baghiah    Yang zalim, jahat
  8. Bahimah    Binatang
  9. Balidah    Yang bodoh, bebal
  10. Bakiah    Yang menangis, merengek
  11. Baqarah    Lembu Betina
  12. Batilah    Yang batil, tidak benar
  13. Dabbah    Binatang
  14. Dahriyah    Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
  15. Dahisyah    Goncang, stress
  16. Darakah    Kedudukan yang rendah
  17. Daniyah    Yang lemah dan hina
  18. Dami'ah    Yang mengalir air matanya
  19. Fasidah    Yang rosak, yang binasa
  20. Fasiqah    Yang jahat, si fasik
  21. Fasyilah    Gagal, kalah
  22. Fajirah    Yang jahat, yang berdosa
  23. Faji'ah    Kecelakaan
  24. Ghafilah    Yang lalai, yang leka
  25. Ghailah    Kecelakaan, bencana
  26. Ghaibah    Hilang
  27. Ghasibah    Perampas, perompak
  28. Ghamitah    Yang tidak mensyukuri nikmat
  29. Ghawiah    Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
  30. Haqidah    Yang dengki
  31. Hasidah    Yang hasad
  32. Hazinah    Yang sedih
  33. Huzn    Kesedihan
  34. Khabithah    Yang jahat, yang keji
  35. Khali'ah    Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
  36. Khati'ah    Yang bersalah, yang berdosa
  37. Khasirah    Yang rugi
  38. Khamrah    Arak
  39. Jariah    Hamba suruhan perempuan
  40. Jafiah    Yang tidak suka berkawan
  41. Kaibah    Yang sedih
  42. Kafirah    Yang kafir, yang ingkar
  43. Kamidah    Yang hiba, yang sangat berduka
  44. Kazibah    Pendusta, pembohong
  45. Lahab    Bara api
  46. Laghiah    sia-sia, tidak berfaedah
  47. La'imah    Yang tercela
  48. Lainah    Yang terkutuk
  49. Lahifah    Yang sedih, menyesal dan dizalimi
  50. Maridah    Yang menderhaka
  51. Majinah    Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
  52. Majusiah    Agama menyembah api atau matahari
  53. munafikah    Yang munafik
  54. Musibah    Celaka, bencana, kemalangan
  55. Nariah    Api
  56. Nasyizah    Yang menderhaka dan melawan suami
  57. Najisah    Yang najis dan kotor
  58. Qabihah    Yang buruk, hodoh
  59. Qatilah    Pembunuh
  60. Qasitah    Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
  61. Qazurah    Kejahatan, perzinaan
  62. Rajimah    Yang direjam, yang dilaknat
  63. Razi'ah    Kecelakaan, musibah
  64. Razilah    Yang keji dan hina
  65. Sakitah    Yang jatuh, yang hina, yang jahat
  66. Safilah    Yang rendah dan hina
  67. Sahiah    Yang pelupa
  68. Sakirah    Pemabuk
  69. Syafihah    Yang bodoh
  70. Syaridah    Yang diusir
  71. Syaqiyah    Yang menderita
  72. Syarrul Bariyyah    Sejahat-jahat manusia
  73. Syani'ah    Yang buruk
  74. Syarisah    Yang buruk akhlak
  75. Syatimah    Maki hamun
  76. Syariqah    Pencuri
  77. Talifah    Yang rosak, yang binasa
  78. Tarbiyah    Yang papa kedana
  79. Tarikah    Anak dara tua
  80. Tafihah    Karut
  81. Talihah    Yang tidak baik
  82. Yaisah    Yang berputus asa
  83. Yabisah    Yang kering, yang sedikit kebaikannya
  84. Wahinah    Penakut
  85. Waqihah    Yang kurang sopan dan malu
  86. Wasikhah    Yang kotor
  87. Wasyiah    Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
  88. Wahimah    Yang lemah
  89. Wahiah    Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
  90. Wajilah    Penakut
  91. Wailah    Bencana, keburukan
  92. Waqi'ah    Pertempuran dalam peperangan, umpatan
  93. Zalijah    Kebinasaan
  94. Zalilah    Yang hina
  95. Zalimah    Yang zalim
  96. Zaniyah    Penzina, pelacur
  97. Zufafah    Racun pembunuh

14 Amalan-Amalan Sunat Ketika Berpuasa



14 Amalan-Amalan Sunat Ketika Berpuasa

1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.

Hadis Qudsi yang bermaksud;
"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka." (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:

Ertinya;
"Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

"Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit" (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
"Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain."

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
"Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama." (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Merperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun."

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni."

Isnin, 14 Februari 2011

~~ Masalah ......~~

Hai... jumpe lagi kite... huhuhuh... dlm hidup banyak sgt masalah dtg... sampai ak sendri x larat nak hadapi tp aku tetap teruskan kehidupan... org sekeliling yang tak pernah nak hargai aku... nape??? dorg wat ak mcm nie??? ape salah aku??? aku cume mahukan keinginan aku tercapai.. aku mahu kan kebebasan tp bukan yg terlampau.. ku mahu hidup berdikari... sampai bile ku harus hidup begini tanpa melihat dunia luar???? nape x pernah nak sokong ape yang aku buat??? ae yang ak nak buat adalah sebb mereka.. ku ingin menyenangkan mereka juge....tp mereke salah erti akan aku.... memperendahkan aku....  tp ape kan daya aku hanya mampu memndam segala rase yg terbit di hati... ku tak mampu untuk meluahkan... pada sape ku harus mengadu??? Hanya Allah yang 1.....YaAllah.. Kau bantulah hambamu ini agar menemui jalan yang benar...Amin

Sabtu, 15 Januari 2011

keNapa????

Kenapa kau selalu berahsia???? x bole ke engkau bilang saja pada ak??? bukan susah kan???? ko buat ak terase ati... kite sahabat... ak menganggap engkau sahabat terbaek dlm hidup ak.. tiada rahsia antara kite....tp.... pasal die,engkau salu berahsia??? kenape????